Monday, October 10, 2016

Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Sejarah Tahun 4 (Guru Pelatih)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) SEJARAH TAHUN EMPAT
Tarikh (Hari)
Masa
Tahun / Kelas
Bilangan Murid
:
10 Januari 2014 (Jumaat)
0800 – 0900 (60 minit)
4 Cemerlang
20 orang

Tema
Tajuk
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
:
:
:
:
SEJARAH AWAL NEGARA
1.      MARI BELAJAR SEJARAH
1.1   Pengertian Sejarah dan Kemahiran Sejarah
1.1.3, 1.1.4 dan K 1.1.8
Objektif Pembelajaran (OP)
:
Pada akhir pelajaran murid dapat:

1.    Mengenal pasti sekurang-kurangya satu peristiwa sejarah berdasarkan tayangan video dan petikan yang diedarkan kepada murid mengikut carta garis masa.
2.    Menyatakan tiga jenis tinggalan sejarah beserta contoh yang terdapat di muzium dan tempat-tempat bersejarah berdasarkan penerangan dan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
3.    Menyatakan kehidupan masyarakat lalu dan kesinambungannya dengan masa kini.

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
:

Konversi masa
1.    Membuat interpretasi garis masa
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

:
:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Nilai Murni    : Kerjasama dan bertanggungjawab
Aplikasi TKP : Interpersonal, visual-spatial dan Verbal-linguistik
Kemahiran Belajar : kemahiran menganalisis maklumat
Kemahiran Berfikir : menyusun mengikut urutan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
:

Laptop dan LCD Projektor,
Pakej Slaid Pengajaran dan Pembelajaran,
Video Sejarah Sarawak
Buku teks Sejarah Tahun 4 Sekolah Rendah
Borang pengurusan grafik (Borang Banding Beza)
Kad manila
Pen marker
Lembaran Kerja SJH/2


PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah

Standard Pembelajaran /
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
BBM / EMK / KPS
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Tayangan video pendek tentang Sejarah Sarawak.
  • Sarawak dahulunya dikuasai oleh Kesultanan Brunei
  • Diambil alih oleh keluarga Brooke secara perlahan-lahan.
  • Kawasan negeri Sarawak sekarang adalah hasil daripada pemerintahan keluarga Brooke.
  • Selepas Pendudukan Jepun, Sarawak diserahkan kepada British menjadi Tanah Jajahan Mahkota.
  • Membentuk Malaysia pada 16 September 1963

Tajuk Pelajaran: Mari Belajar Sejarah
Isi Pelajaran:
·Kenal pasti peristiwa sejarah mengikut garis masa
·Menyatakan bahan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium
·Menyatakan kehidupan masyarakat lalu dan kesinambungannya dengan masa kini
1      Guru menggunakan Quite Signal untuk mendapatkan perhatian murid-murid.
2      Guru menayangkan video Sejarah Sarawak.
3      Guru bersoal jawab dengan murid tentang video tersebut.
4      Guru menjelaskan tentang perkara yang akan dipelajari pada hari ini menggunakan slaid.




BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
Video Sejarah Sarawak

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi
Langkah 1
(15 minit)

  1. Mengenal pasti sekurang-kurangya satu peristiwa sejarah berdasarkan tayangan video dan petikan yang diedarkan kepada murid mengikut carta garis masa.

a.    Petikan Sejarah Sarawak
  • Sarawak dahulunya dikuasai oleh Kesultanan Brunei
  • Diambil alih oleh keluarga Brooke secara perlahan-lahan.
  • Kawasan negeri Sarawak sekarang adalah hasil daripada pemerintahan keluarga Brooke.
  • Selepas Pendudukan Jepun, Sarawak diserahkan kepada British menjadi Tanah Jajahan Mahkota.
  • Membentuk Malaysia pada 16 September 1963

(sila rujuk lampiran 1)
1      Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli.
2      Guru meminta material monitor mendapatkan petikan, kad manila dan pen marker daripada guru.
3      Murid membaca dan membincangkan petikan tersebut.
4       Guru meminta murid menyusun peristiwa dalam petikan terbabit dalam satu carta garis masa berdasarkan contoh di dalam buku teks (m/s : 5).
5      Wakil setiap kumpulan membentangkan di hadapan menggunakan kad manila
BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
Buku teks Sejarah Tahun 4
Kad manila
Pen marker

KAEDAH/TEKNIK
Perbincangan Kumpulan

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi
Nilai kerjasama dan bertanggungjawab
Aplikasi interpersonal, visual-spatial dan verbal-linguistik

KPS
Konversi masa (Membuat interpretasi garis masa)
Langkah 2
(15 minit)

2.    Menyatakan tiga jenis tinggalan sejarah beserta contoh yang terdapat di muzium dan tempat-tempat bersejarah berdasarkan penerangan dan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
  • Artifak : barang-barang buatan manusia (ter­utama­nya alat perkakas, senjata) yang merupa­kan peninggalan sesuatu zaman. Contohnya : Gendang Dongson, pemukul kulit kayu. Keris Panjang Diraja, Mural Hang Tuah, Alat Zaman Logam, Keris Taming Sari, Nobat, Payung Ubur-ubur Kuning, Tombak dan Lembing
  • Fosil : tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yang kini mengeras dan tertanam di dalam bumi (batuan dan sebagainya). Contohnya : Rangka Homo Sapien Sapien
  • Manuskrip : naskhah tulisan tangan, versi atau bahan (sesuatu karya) yang telah disediakan oleh penulis (editor dan sebagainya) untuk dicetak dan diter­bitkan dalam bentuk buku dan lain-lain. Contoh : Manuskrip Sejarah Melayu, Lukisan Batu, Batu Bersurat Terengganu dan Manuskrip Champa.
Tempat-tempat bersejarah
  • Kota A Famosa
  • Lembah Bujang
  • Kota Belanda
  • Menara Condong Teluk Intan
  • Istana Lama Seri Menanti
  • Kota Margherita
  • Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Padang Pahlawan
  • Kota Cornwalis
  • Bangunan Stadhuys
  • Tugu Negara
  • Carcosa Seri Negara
  • Dataran Merdeka
1.    Guru mendapatkan perhatian murid menggunakan Quite Signal
2.    Guru memberi definisi tentang tinggalan sejarah.
3.    Guru menerangkan jenis-jenis tinggalan sejarah beserta contoh.
4.    Kemudian guru menayangkan gambar-gambar yang menunjukkan tinggalan sejarah.
5.    Setelah murid-murid memahami, barulah guru akan menerangkan tentang tempat-tempat yang bersejarah yang terdapat di Malaysia.
6.    Guru meminta murid menyatakan jenis-jenis tinggalan sejarah beserta contoh dan tempat-tempat yang bersejarah dalam borang pengurusan grafik.

BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
Borang pengurusan grafik (Borang Banding Beza – lampiran 2)

KAEDAH/TEKNIK
Penerangan

EMK
TMK-Teknologi maklumat dan komunikasi
NM-Nilai Bekerjasama
TKP-Kecerdasan Intrapersonal


























Langkah 3
(10 minit)
3.    Menyatakan kehidupan masyarakat lalu dan kesinambungannya dengan masa kini.
  • Masyarakat pada zaman dahulu hidup dalam zaman Peleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam
  • Untuk terus hidup, masyarakat zaman dahulu menjalankan aktiviviti seperti bercucuk tanam, mengumpul hasil hutan dan mengumpul hasil laut.
  • Masyarakat pada zaman dahulu tinggal di dalam gua dan di kawasan lembah sungai.
  • Zaman sekarang pula dikenali sebagai zaman millenium atau zaman moden
  • Masyarakat zaman sekarang mempunyai pelbagai kerjaya seperti guru, arkitek, doktor, mekanik, peguam dan sebagainya.
  • Pada zaman sekarang masyarakat tinggal menetap di sesuatu tempat seperti rumah flat, teres, banglo dan sebagainya yang lokasinya sama ada di bandar atau desa.
  • Kita dapat lihat bukti kehidupan masyarakat pada zaman dahulu yang terdapat di muzium seperti tinggalan fosil, manuskrip dan artifak.
  • Ilmu menyebabkan masyarakat boleh berkembang maju sehinggalah mencapai tahap pada hari ini.
1.    Guru memastikan murid-murid menumpukan perhatian dengan memberikan Quite Signal.
2.    Guru kemudian bertanyakan beberapa soalan seperti berikut :

a.    Di zaman apakah masyarakat zaman dahulu hidup?
b.    Apakah yang dilakukan oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk terus hidup?
c.    Dimanakah masyarakat pada zaman dahulu tinggal?
d.    Zaman sekarang dikenali sebagai zaman apa?
e.    Apakah pekerjaan masyarakat zaman sekarang?
f.     Dimanakah masyarakat zaman sekarang tinggal?
g.    Apakah bukti wujudnya kehidupan masyarakat zaman dahulu?
h.    Bagaimanakah masyarakat zaman dahulu berkembang sehingga sekarang?
3.    Guru menyimpulkan semua jawapan yang murid telah berikan semasa sesi soal jawab ini.
BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
(Soalan-soalan)

KAEDAH/TEKNIK
Soal-jawab

EMK
TMK-Teknologi maklumat dan komunikasi
NM-Bertanggungjawab
TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik


Langkah 4
(10 minit)
4.    Pentaksiran Formatif
KUIZ CEPU MAS


1.    Apakah peristiwa sejarah yang anda tahu?
2.    Ceritakan secara ringkas salah satu peristiwa sejarah yang anda tahu.
3.    Ada berapa jenis tinggalan sejarah yang terdapat di muzium?
4.    Namakan salah satu jenis tinggalah sejarah dan 3 contoh daripada jenis tersebut.
5.    Apakah perbezaan masyarakat pada zaman dahulu dan zaman sekarang?

Penutup
(5 minit)
1.    Penutup Kognitif

a.    Rumusan Isi Pelajaran
·         Konsep dan prinsip membina carta garis masa
·         Jenis-jenis tinggalan bersejarah yang terdapat di muzium
·         Kehidupan masyarakat lalu dan kesinambungannya dengan masa kini

b.    Aktiviti Susulan
·         Lembaran Kerja SJH/2 sebagai aktiviti susulan

2.    Penutup Sosial
  • Perasaan pencapaian
  • Peneguhan positif
  • Membuat perkaitan
  • Perasaan ingin tahu

1.   Guru merumuskan keseluruhan isi kandungan pelajaran dengan bantuan slaid pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan melalui Projektor LCD

2.   Guru menimbulkan perasaan pencapaian murid dan memberikan peneguhan positif

3.   Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan pelajaran yang akan datang.

4.   Material monitor mengambil Latihan SJH/2  dari meja guru dan mengedarkannya kepada ahli-ahli kumpulan masing-masing.

5.   Latihan SJH/2 perlu disiapkan dan dihantar kepada guru pada keesokan harinya.
BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
Lembaran Kerja SJH/2

EMK
TMK-Teknologi maklumat dan komunikasi
NM-Bertanggungjawab